♥ Saturday, July 5, 2008

Asal usul dan sejarah permainan congkakCongkak dipercayai berasal daripada Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang dipercayai orang. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh ahli arkeologi yang dibayar oleh Persatuan National Geographic, menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak Abad ke-5 SM hingga Abad ke-7 SM di masa kini Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini disebarkan ke Afrika. Congkak nanti disebarkan ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.
Congkak dipercayai berasal daripada perkataan mengira. Di Asia Tenggara, permainan congkak dipercayai berasal di darul raja Malacca dimana permainan tersebut menjadi popular dan disebarkan kepada seluruh rantau di Asia Tenggara. Penyebaran ini disebabkan oleh kebanyakan pedagang-pedagang yang telah melawati darul raja itu kerana Malacca adalah kota perdagangan. Pada zaman itu, permainan congkak dianggap sebagai permainan yang hanya dimain oleh raja dan keluarga serta penduduk di istana itu. Walau bagaimanapun, permainan congkak akhirnya disebarkan kepada semua orang tidak kira status.
Oleh kerana papan congkak itu dibentuk seperti sampan, ia dipercayai berdasarkan legenda tentang seorang nelayan yang tidak dapat pergi ke laut pada musim hujan. Untuk meghalang perasaan bosannya, nelayan itu mencipta permainan congkak yang serupa dengan sampannya.
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali sebagai congklak dan di Filipina pula dikenali sebagai sungka.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam talian.
Saya rasa sejarah congkak itu amat menarik dikaji kerana sekarang, saya sudah tahu lebih banyak tentang congkak tidak sakadar bagaimana orang pada zaman dahulu dan juga zaman sekarang bermain congkak tetapi juga asal usul permainan congkak tersebut.
Sumber: Wikipedia Congkak
kristie 3E18:45 PM