No right-clicking
Copyrighted (c)
All rights reserved.

♥ Friday, July 25, 2008


Sebab-sebab permainan congkak dan batu seremban perlu dilestarikan dan kerelevenannya pada masa ini

Congkak dan batu seremban perlu dilestarikan pada zaman moden dan berteknologi ini kerana permainan tradisionsal seperyti congkak kian pupus. Anak muda pada zaman sekarang jarang didedahkan kepada permainan-permainan tradisional. Oleh itu, sekolah memainkan peranan yang penting untuk mengenalkan dan mengekalkan tradisi permainan traditional. Dengan mengadakan pameran, peraduan dan juga kampen permainan tradisional, ia dapat membantu untuk mengekalkan permainan tradisional di kalangan generasi muda di Singapura.

kristie 3E112:44 PM


♥ Thursday, July 24, 2008

Temuduga bersama guru tuisyen saya tentang permainan batu seremban

Soalan: Bilakah kamu bermula bermain batu seremban?
Jawapan: Semasa saya berada di tadika.

Soalan: Kamu sering bermain batu seremban bersama siapa?
Jawapan: Saya selalu bermain batu seremban bersama kakak saya.

Soalan: Adakah permainan batu seremban popular dengan orang pada masa dahulu?
Jawapan: Ya. Pada masa dahulu, ia popular di kalangan murid-murid sekolah kerana permainan tersebut murah dan boleh dibawa kemana sahaja.

Soalan: Adakah kamu membeli batu seremban atau membuatnya sendiri?
Jawapan: Ibu saya membuat batu seremban daripada kain percah yang dijahit dan kemudian diisikan dengan kacang hijau.

kristie 3E110:46 PM


♥ Tuesday, July 22, 2008



Bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan untuk batu seremban

Batu seremban boleh dibeli atau dibuat sendiri. Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban juga boleh diperbuat daripada kain percah yang dijahit dan diisikan dengan beras, kacang hijau atau pasir.

kristie 3E110:44 PM


♥ Monday, July 21, 2008

Cara-cara bermain batu seremban

Ini adalah klip video yang menunjukkan cara bermain permainan tradisional tersebut.


Menentukan Giliran
Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.


Cara Bermain
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.


Buah Satu
Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.


Buah Dua
Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.


Buah Tiga
Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.


Buah Empat
Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.


Buah Lima
Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.


Buah Enam
Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.


Buah Tujuh
Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.


Menimbang
Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.


Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.

Mati Permainan
Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

kristie 3E112:46 PM


♥ Sunday, July 20, 2008



Asal usul dan sejarah permainan batu seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.

kristie 3E112:15 PM


♥ Thursday, July 10, 2008

Permainan congkak dalam talian



Games at InfiniteFun.com
Mancala

Mancala is the ancient game of counting and strategy where each player must attempt to collect as many stones as possible before one of the players clears his side of stones.


play game


kristie 3E16:55 PM


♥ Tuesday, July 8, 2008

Temuduga bersama ibu saya tentang permainan congkak

Soalan: Bilakah kamu bermula bermain congkak?
Jawapan: Waktu kecil, saya sering mengikut ibu saya ke rumah saudara saya di Mersing.

Soalan: Kamu sering bermain congkak bersama siapa?
Jawapan: Setelah makan malam di rumah saudara saya, ibu saya akan berbual bersama makcik saya sementara saya bersama saudara saya akan bermain congkak.

Soalan: Adakah permainan congkak popular dengan orang pada masa dahulu?
Jawapan: Ya, kerana permainan congkak tidak mengehadkan waktu, jantina dan usia.

Soalan: Ada orang yang menyata bahawa permainan congkak itu berhantu. Pernakah kamu mengalami hal tersebut?
Jawapan: Ya. Pada suatu malam, ketika semua orang sedang tidur, kami dikejutkan oleh bunyi orang yang sedang bermain congkak. Apabila kami keluar ke ruang tamu, (di mana congkak itu deletekkan) guli-guli itu berada di dalam bekas guli dan lubang-lubang congkak itu kosong, tidak ada satu guli pun.

kristie 3E112:43 PM


♥ Monday, July 7, 2008


Bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan untuk congkak

Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.


kristie 3E112:40 PM


♥ Sunday, July 6, 2008

Cara-cara bermain congkak

Ini adalah klip video daripada pelajar-pelajar Sekolah Rendah Loyang yang akan menunjukkan cara bermain congkak.




Pemain
Hanya untuk dua pemain.

Peralatan
Papan congkak ada empat belas lubang dalam dua set tujuh, menambah tambahan lubang untuk setiap pemain. Setiap permain menguasai ketujuh lubang di sampingan masing-masing atas papan congkak itu. Markah pemain masing-masing adalah seberapa benih atau guli yang dapat diperolehi pemain itu di dalam lubang masing-masing. Pemain yang dapat menangkap benih atau guli yang paling lebih, adalah pemenangnya.

Persediaan
Tujuh benih atau guli diletakkan di dalam setiap lubang kecuali lubang pemain, yang ditinggal kosong.

Objekif
Objekif permainan ini adalah untuk menangkap lebih benih atau guli daripada pemain lawan.

Menyemai
Pemain bergiliran untuk mencapai benih atau guli di lubang masing-masing dan memasukkan benih atau guli satu demi satu di dalam setiap lubang dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke lubang sendiri dan melangkaui lubang pemain lawan. Hanya pergerakan pertama dilakukan dengan serentak.

Jika benih atau guli yang terakhir jatuh di dalam lubang yang diduduki benih atau guli yag lain, semua benih atau guli di dalam lubang itu dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam setiap lubang satu demi satu sekali lagi. Proses ini diteruskan hingga benih atau guli yang terakhir jatuh ke dalam lubang pemain atau ke dalam lubang yang kosong.


Sumber: Wikipedia Congkak

kristie 3E111:07 PM


♥ Saturday, July 5, 2008



Asal usul dan sejarah permainan congkak

Congkak dipercayai berasal daripada Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang dipercayai orang. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh ahli arkeologi yang dibayar oleh Persatuan National Geographic, menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak Abad ke-5 SM hingga Abad ke-7 SM di masa kini Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini disebarkan ke Afrika. Congkak nanti disebarkan ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.

Congkak dipercayai berasal daripada perkataan mengira. Di Asia Tenggara, permainan congkak dipercayai berasal di darul raja Malacca dimana permainan tersebut menjadi popular dan disebarkan kepada seluruh rantau di Asia Tenggara. Penyebaran ini disebabkan oleh kebanyakan pedagang-pedagang yang telah melawati darul raja itu kerana Malacca adalah kota perdagangan. Pada zaman itu, permainan congkak dianggap sebagai permainan yang hanya dimain oleh raja dan keluarga serta penduduk di istana itu. Walau bagaimanapun, permainan congkak akhirnya disebarkan kepada semua orang tidak kira status.

Oleh kerana papan congkak itu dibentuk seperti sampan, ia dipercayai berdasarkan legenda tentang seorang nelayan yang tidak dapat pergi ke laut pada musim hujan. Untuk meghalang perasaan bosannya, nelayan itu mencipta permainan congkak yang serupa dengan sampannya.

Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali sebagai congklak dan di Filipina pula dikenali sebagai sungka.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam talian.


Saya rasa sejarah congkak itu amat menarik dikaji kerana sekarang, saya sudah tahu lebih banyak tentang congkak tidak sakadar bagaimana orang pada zaman dahulu dan juga zaman sekarang bermain congkak tetapi juga asal usul permainan congkak tersebut.

Sumber: Wikipedia Congkak

kristie 3E18:45 PM


♥ Friday, July 4, 2008



Perasaan dan Reaksi

Sejujurnya, perasaan dan reaksi saya terhadap tidak pertandingan blogging BB2008 ini tidak begitu positif kerana saya berasa bahawa kemahiran saya dalam bahasa Melayu tidak begitu bagus. Saya terkejut apabila diberitahu bahawa saya perlu menyertai pertandingan tersebut kerana saya jamin saya tidak akan dapat membuat projek ini dengan bagus.

Tetapi...

Walau bagaimanapun juga, projek ini wajib jadi saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menyelesaikan blog ini. Langkah-langkah yang saya akan mengambil untuk memulakan blog ini adalah membaca lebih tentang permainan tradisional di dalam lelaman web yang mempunyai informasi tentang permainan tradisional yang saya memilih. Setelah itu, saya akan mengkumpulkan informasi dan fakta-fakta yang berkaitan dengan topik tersebut. Saya juga akan cuba mendapatkan gambar-gambar atau klip video yang berelevan untuk membuat blog saya lebih menarik untuk dibaca.


Sumber: Perasaan saya

kristie 3E15:50 PM




♥Profil


Kristie Ayu Rompis
Menengah 3E1
Sekolah Menengah Guangyang

♥Poll

Permainan Tradisional manakah yang paling kamu minati?







Free online poll


♥Komen



♥Pautan

Cikgu
Fazlina
Hafizah
Haiqal
Irra
Nadiah

♥Memori

July 2008

♥Kredit


DESIGNER : Kristie Rompis
BASECODES :%BLUE.pink-